Lori tangki terbalik punca tumpahan minyak sawit

LocalEnvironment
26 Sep 2025 • 9:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Sebuah lori tangki terbabas dan terbalik, mengakibatkan tumpahan Minyak Sawit Mentah (CPO) berhampiran bulatan projek Lebuhraya Pan Borneo di Jalan Lahad Datu-Sandakan, pagi Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 pagi dan segera menghantar sembilan anggota ke lokasi.

Pasukan itu tiba sembilan minit kemudian dan mendapati lori tangki seberat 34 tan yang membawa muatan CPO telah terbabas sebelum terbalik.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Pasukan penyelamat segera menanggalkan kepala bateri enjin bagi mengelakkan risiko kebakaran, sebelum menghubungi pihak polis dan kontraktor projek Pan Borneo.

Tumpahan CPO itu akan disedut menggunakan pam oleh pihak syarikat, manakala kerja pembersihan kawasan berkenaan akan dilakukan kontraktor Pan Borneo dengan menabur tanah.

Operasi ditamatkan pada jam 9.40 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi ancaman bahaya di lokasi.