Pemandu dakwa diarahkan majikan bawa lebih muatan kerana kos tinggi

LocalBusiness & Finance
24 Sep 2026 • 9:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu dakwa diarahkan majikan bawa lebih muatan kerana kos tinggi
Antara kenderaan perdagangan yang ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk membawa lebih muatan dalam Ops Gempur di sekitar daerah ini, Rabu lalu.FOTO FB JPJ PAHANG

KUANTAN– Arahan majikan untuk membawa muatan melebihi had yang dibenarkan atas faktor kos operasi tinggi antara alasan diberikan segelintir pemandu yang dikesan melakukan kesalahan itu dalam Op Gempur Kenderaan Perdagangan (KBP) di sekitar daerah ini, Rabu lalu.

Sepanjang operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu,lima kes membawa muatan melebihi had yang dibenarkan telah dikesan.

Unit Korporat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang memaklumkan, turut dikesan enam kes membawa muatan secara berbahaya dan dua kes melibatkan kesalahan teknikal berkaitan tayar botak.

Menurutnya, terdapat pemandu yang pernah dikenakan tindakan saman berulang kali atas kesalahan berkaitan.

"Bagaimanapun, jumlah sebenar serta rekod lengkap berkaitan kesalahan berulang tersebut masih dalam semakan.

"Sebanyak 50 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi tersebut termasuk 27 notis saman, lapan Notis Arah Periksa Kenderaan di bawah Seksyen 61(1); enam Notis Arah Timbang di bawah Seksyen 63(1); lapan notis PG1 berkaitan masalah teknikal dan satu notis bagi lain-lain kesalahan.di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Jelasnya, Ops Gempur itu dilaksanakan bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan berada dalam keadaan selamat di jalan raya.

"Pengusaha dan pemandu diingatkan supaya memastikan kenderaan dan dokumen berkaitan sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan sebelum memulakan perjalanan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved