Pemandu didakwa mabuk langgar dua beradik hingga maut, wanita mohon suspek dimaafkan

LocalPolitics
2 Sep 2024 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial seorang wanita meminta orang ramai untuk memaafkan seorang suspek yang langgar dua beradik hingga maut satu kemalangan berdekatan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) pada Jumaat.

Menerusi satu hantaran di sebuah kumpulan Facebook, wanita tersebut berkata walaupun keluarga mangsa marah terhadap suspek, mereka perlu meluahkan perasaan secara berpada-pada.

Wanita mohon suspek langgar dua beradik dimaafkan

image is not available

Katanya, setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan mana-mana yang terkesan hanya belajar untuk saling menerima dan memaafkan.

“Bila saat dugaan datang, lebih-lebih lagi kematian orang tersayang kerana kelalaian orang lain. Perasaan marah, benci dan berbagai lagi pasti ada. Itu normal, namun berpada-pada.

“Tawakal diri, insafkan minda, cuba terbalikkan. Jika keadaan itu terjadi pada kita atau jika kita di tempat orang yang terlibat. Tiada manusia yang sengaja melakukan kesilapan, sedangkan binatang pun kita elak, inikan pula manusia.

Wanita merupakan keluarga kepada suspek langgar dua beradik hingga maut

image is not available

“Tapi namanya kesilapan, tiada seorang pun yang akan terlepas. Yang terbaik kita lakukan, hanya belajar untuk saling menerima dan memaafkan,” katanya.

Hantaran tersebut menerima reaksi yang banyak daripada orang ramai namun rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan kenyataan daripada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan netizen lebih berang adalah apabila wanita berkenaan berasa gembira kerana hantarannya di kumpulan Facebook tersebut menerima banyak reaksi.

Wanita gembira kenyataan berkenaan kes langgar dua beradik terima pelbagai reaksi

image is not available

“Selamat pagi semua. Wah, terima kasih untuk sokongan kamu. Engagement sangat baik,” ujarnya.

Namun begitu, wanita tersebut telah pun memohon maaf terhadap orang ramai selepas menerima kecaman daripada warganet yang berang terhadap kenyataannya.

Wanita memohin maaf kenyataan kes langgar dua beradik

image is not available

“Dengan ini, saya meminta maaf pada netizen-netizen yang tercalar perasaan. Baca dan fahami betul-betul yang disampaikan,” katanya.

Susulan itu, keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan kemalangan itu telah memuat naik semula hantaran-hantaran wanita berkenaan lalu meluahkan rasa berang mereka.

Menurutnya, baru sehari jasad kedua-dua mangsa dikubur, luka mereka yang belum sembuh ditambah dengan hantaran daripada wanita berkenaan yang mahu suspek dimaafkan.

Keluarga mangsa berang terhadap wanita sokong suspek langgar dua beradik

image is not available

Rupa-rupanya, wanita tersebut mempunyai talian kekeluargaan dengan suspek dan dia merupakan isteri kepada bapa saudara suspek.

Pada masa yang sama, keluarga mangsa bukan sahaja berang kerana wanita tersebut gembira menerima reaksi yang banyak, malahan mereka turut bengang dengan permohonan maaf wanita berkenaan yang dianggap tidak ikhlas.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan dua mayat yang rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lampu isyarat KKIA, Jalan kepayan pada Jumaat merupakan adik-beradik lingkungan 20an bernama Dayang Nurshamirah Dulamit dan Dayang Nurshatirah Dulamit.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata kejadian berlaku selepas Toyota Hilux yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun melanggar Perodua Axia yang dinaiki kedua-dua mangsa.

image is not available

Susulan itu, Perodua Axia itu telah berpusing masuk ke lorong tengah lalu melanggar bahagian tepi kanan Perodua Viva kemudian menyebabkan kenderaan dinaiki dua mangsa itu terbabas ke bahu jalan berdekatan jejentas lalu terbakar.

Bagaimanapun, pemandu Viva berusia 34 tahun dan pemandu Hilux hanya mengalami kecederaan ringan, manakala sumber media sosial mendakwa pemandu Hilux dipercayai memandu dalam keadaan mabuk atau bawah pengaruh dadah.