Pemandu e-hailing nafi aniaya anak

9 Jan 2025 • 5:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah atas dakwaan menganiaya anak kandungnya yang berumur satu tahun 11 bulan sehingga mengakibatkan kecederaan lebam pada muka dan seluruh badan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu.

Mohd Syazmansyah Anak Mohd Lani, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

AdvertisementTertuduh didakwa menganiaya anak kandungnya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dalam kejadian di Jalan Persisiran Tawau, sekitar jam 5 petang pada 6 Oktober 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50, 000 atau dipenjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika Syazmansyah membawa isterinya, 26, (pengadu) dan mangsa untuk berjalan-jalan di Jalan Persisiran Highway apabila mangsa menangis secara tidak berhenti-henti.

Tertuduh didakwa memukul, menggigit dan mencubit mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan kerana tertekan dengan kejadian yang berlaku di dalam kenderaan jenis Vios itu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah menetapkan 12 Februari untuk sebutan kes dan menawarkan wang jaminan RM5,000 beserta dua penjamin tempatan ke atas tertuduh yang dikehendaki melapor diri sekali sebulan tanpa gagal di Balai Polis dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Sebelum itu, lelaki tersebut memohon jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan sebanyak RM7, 000 dikurangkan kerana perlu menjaga ibunya yang sedang mendapatkan rawatan dialisis kerana sakit buah pinggang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, pendapatannya sebagai pemandu Maxim hanya RM400 sebulan dan perlu menanggung ibu, anak dan isterinya yang tidak bekerja.

Timbalan Pendakwa Raya Shearil Aizad Murnizam mengendalikan pendakwaan, manakala, tertuduh tidak diwakili.