Pemandu Forklift 70 Tahun Maut Dekat Tempat Kerja Di Pending

16 Mar 2025 • 9:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Pemandu Forklift 70 Tahun Maut Dekat Tempat Kerja Di Pending. Dilaporkan, seorang pemandu forklift berusia 70 tahun maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dekat tempat kerja di sebuah kilang di Pending Industrial Estate petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, dalam satu kenyataan malam tadi, berkata pihak kilang melaporkan kejadian sekitar jam 4 petang dan sepasukan anggota dari Balai Polis Bintawa segera dikerahkan ke lokasi.

image is not available
Pemandu Forklift 70 Tahun Maut Dekat Tempat Kerja Di Pending. Sumber gambar: 1Media.My

Mangsa terhimpit di antara timbunan palet dan bahagian garpu forklift

“Lelaki tempatan itu ditemui tidak sedarkan diri, terhimpit di antara timbunan palet dan bahagian garpu forklift yang terkena bahagian dada kirinya.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” tambahnya.

image is not available
Sumber gambar: Utusan Borneo

Tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian

Mohd Farhan turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini demi menghormati perasaan keluarga mangsa.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Balai Polis Bintawa, SM Siti Mariam Hamid di 016-4661345, Balai Polis Bintawa di 082-335930, atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved