Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat

15 Mar 2025 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penunggang motosikal maut digilis selepas bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bukit Pasir pada Jumaat. Foto IPD Muar

MUAR - Seorang penunggang motosikal maut digilis selepas bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bukit Pasir di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 petang, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu turut dilanggar beberapa kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari bandar Muar ke rumahnya di Jorak, Bukit Pasir.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

"Akibatnya, mangsa terjatuh sebelum digilis tayar lori tersebut dan pada masa sama, beberapa kenderaan lain yang melalui kawasan itu turut melanggarnya.

"Tiada kenderaan yang berhenti atau menyedari kejadian itu kerana hujan lebat," katanya.

Tambah beliau, akibat perlanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

"Polis turut berusaha mengesan pemandu lori yang terlibat bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved