Pemandu Grab Dipuji Prihatin, Sanggup Tunggu Penumpang Hingga Selamat Naik Bas

30 Jul 2025 • 3:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sikap prihatin dan bertanggungjawab seorang pemandu e-hailing Grab, Hafiz Jamil mendapat pujian meluas selepas tangkap layar perbualannya dipercayai dengan seorang gadis tular di aplikasi Threads.

Pemandu Grab dipuji prihatin

Menerusi perbualan tersebut, penumpang yang dijadual menaiki bas pada jam 7.30 malam Sabtu lalu memaklumkan bahawa dia akan tiba di stesen Batu Pahat lebih awal sekitar jam 7.00 malam, sambil menyatakan bahawa pemandu tidak perlu tergesa-gesa sekiranya berlaku kelewatan kecil.

Namun, perkara mencuri perhatian warganet adalah permintaan lanjut daripada penumpang tersebut yang meminta pertolongan agar pemandu tersebut sudi menunggu sehingga dia selamat menaiki bas.

“Saya first time pergi sorang-sorang stesen bas tu harini. Biasanya saya balik dengan kawan-kawan, tapi semua dah balik dengan parents. Saya takut sikit… boleh tak encik tunggu sampai saya naik bas?” tulis penumpang itu menerusi aplikasi Whatsapp.

image is not available

Hafiz menerusi hantaran di Threads berkata, dia yang telah bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak empat tahun lalu mengakui permintaan seperti ini agak jarang berlaku namun memahaminya dan bersikap terbuka untuk membantu.

“Dari tahun 2021 aku buat Grab macam² ragam penumpang aku dah jumpa, tapi kali ni rare sikit lah.

“Adik ni buat permintaan teman dia sampai naik bas. Tapi tak apa lah layankan jer, sebab terminal kat sini memang seram pun, ramai warga asing,” katanya pada Selasa.

image is not available

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas tindakan pemandu tersebut yang sanggup menemani penumpang hingga ke pintu bas demi memastikan keselamatannya terjamin.

Terima kasih sebab tolong

image is not available

Alhamdulillah jumpa orang baik-baik

image is not available

Semoga Allah balas jasa

image is not available

Tindakan murni ini menjadi peringatan bahawa dalam dunia yang serba pantas dan individualistik, masih wujud insan yang sanggup meluangkan masa dan menunjukkan empati – cukup untuk memberikan rasa selamat dan tenang kepada orang lain.

Sumber: Threads @hafiz_pzi