Pemandu Grab Kongsi Tip Paling Sedih, Ayah Penumpang Pergi 3 Minit Sebelum Sampai Hospital

6 Mar 2026 • 11:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di Thread, seorang pemandu Grab berkongsi ‘tip’ paling sedih yang pernah diterimanya sepanjang memandu.

Menurut pemandu itu, tip diterimanya daripada seorang penumpang yang ke Hospital Ampang. Sebelum ‘pick up’, penumpang ada menghantar mesej untuk cepat kerana bapa sedang kritikal.

Tip paling sedih

Dia cuba sedaya upaya dan menggunakan pelbagai jalan pintas dari kawasan De Palma bagi memastikan mereka dapat sampai ke hospital dengan segera.

image is not available
Screenshot

Menurut pemandu tersebut, sepanjang perjalanan dia dapat melihat mata penumpangnya berkaca-kaca menahan emosi.

Namun kira-kira tiga minit sebelum tiba di hospital, tangisan penumpang itu semakin kuat sehingga membuatkan pemandu berkenaan memahami sesuatu yang buruk mungkin telah berlaku.

image is not available
Screenshot

Pemandu tersebut kemudian menulis ringkas dalam perkongsiannya:

Salam takziah sis… Al-Fatihah…

Keluarga tampil ucap terima kasih

image is not available

Tidak lama selepas perkongsian itu tular, seorang individu tampil meninggalkan komen dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu tersebut.

Menurut individu itu, lelaki yang meninggal dunia merupakan bapa saudaranya dan juga ayah kepada penumpang yang dihantar ke hospital pada hari tersebut.

Difahamkan, arwah yang dikenali sebagai Zainol Bin Abdul Karim meninggal dunia pada 5 Mac 2026.

Pssttt! Walaupun pemandu tersebut tidak mampu mengubah takdir yang berlaku, usaha untuk membantu seseorang sampai ke hospital secepat mungkin tetap satu kebaikan yang sangat besar nilainya. Semoga keluarga arwah diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pemandu Grab Kongsi Tip Paling Sedih, Ayah Penumpang Pergi 3 Minit Sebelum Sampai Hospital appeared first on Oh! Media.