Pemandu Grab OKU Dakwa Dipukul 'Bodyguard' TMJ Enggan Panjangkan Kes, Selesai Cara Baik – Polis

Local
29 May 2024 • 3:14 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik.

image is not available

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pengadu juga menerusi laporan yang dibuatnya jam 9.59 malam tadi tidak mahu memanjangkan kes.

Terdahulu pengadu telah membuat laporan polis pertamanya pada pukul 1 tengah hari semalam.

Jelas Rusdi dalam kenyataan yang dikeluarkan, kejadian tersebut berlaku dipercayai salah faham berkaitan arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.

Sehubungan dengan itu, tegasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

View Original Article