Pemandu Grab Prihatin, Sanggup Pandu Perlahan & Tolong Angkat Barang Lepas Tahu Penumpang Ada Slipped Disc

31 Jul 2026 • 5:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kadangkala, tidak ramai yang memahami situasi dihadapi seseorang meskipun sudah diberitahu sebab dia berbuat demikian.

Ada yang tidak mengendahkan malah menganggap ia satu perkara biasa. Namun sesetengah individu masih kekal prihatin dan berjiwa emas sanggup membantu mereka yang memerlukan.

Pemandu Grab Pandu Kereta Perlahan Lepas Tahu Penumpang Ada Slip Disc, Siap Cakap Maaf Bila Lalu Bonggol

Itulah yang dilakukan oleh seorang pemandu Grab, Rajakumaran selepas mengetahui penumpangnya berdepan masalah gelinciran cakera atau juga dikenali sebagai slipped disc.

Perkara itu dikongsikan oleh penumpang tersebut dalam satu hantaran di Threads @hansyifa.

Kongsi penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Syifa, dia terharu dengan layanan pemandu Grab berbangsa India itu selepas menggunakan khidmatnya untuk pulang ke rumah.

Manakan tidak, Rajakumaran sanggup memandu kereta secara perlahan malah sering mengucap kata ‘maaf’ setiap kali melalui jalan berbonggol sedangkan dirinya sendiri juga berada dalam keadaan tidak sihat.

Malah, Syifa pula dimarahi oleh lelaki berkenaan kerana mahu mengangkat barangnya sendiri.

Pemandu Grab Turut Pastikan Penumpang Masuk Ke Rumah

Tidak hanya itu, pemandu Grab terbabit turut menunggu Syifa selamat masuk ke dalam rumah sebelum bergerak ke destinasi yang lain.

“Thank you uncle. Uncle tahu saya sakit, perlahan je uncle bawak (pandu kereta).

“Setiap kali bonggol uncle cakap maaf lepas tu barang saya, luggage seberat alam tu dengan beg laptop, uncle hantar sampai dalam pagar. Siap marah eh kita nak tolong sekali.

“Padahal uncle tak sihat sangat pun. Batuk-batuk teruk. Nak gerak tu siap pesan, ‘take care’.

“Suruh saya masuk dalam dulu baru uncle gerak. Sihat-sihat ya uncle. Pergi klinik tau check batuk uncle,” kongsinya.

Menerusi hantaran itu juga, Syifa turut menunjukkan tangkap layar mesej peribadi dia bersama pemandu Grab itu sewaktu memaklumkan keadaan dirinya yang slip disc selepas membuat tempahan.

Grab Turut Tersentuh, Kongsi Penghargaan Kepada Team GrabDriver

Perkongsian itu turut mendapat perhatian Grab Malaysia. Menerusi ruangan balasan komen, pentadbir akaun berkenaan turut terharu membaca pengalaman wanita terbabit.

Malah, mereka akan berkongsikan penghargaan tersebut kepada Team GrabDriver agar pengiktirafan dapat diberikan kepada Rajakumaran.

“Kami sangat terharu membaca layanan baik dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh uncle tersebut. Semoga segala kebaikan beliau dibalas dengan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya.

“Kami akan kongsikan penghargaan ini kepada team GrabDriver supaya jasa dan layanan baik uncle tersebut dapat diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Terima kasih,” kata mereka.

View on Threads

Ramai Puji & Hargai Kebaikan Pemandu Grab, Prihatin Dengan Penumpang

Perkongsian yang telah mendapat lebih 181,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dan menghargai kebaikan yang dibuat oleh pemandu Grab berkenaan.

Apatah lagi ada dikalangan warganet yang merupakan pesakit slip disc turut memahami situasi yang dihadapi oleh penumpang tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan kebaikan buat Uncle Rajakumaran.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Terharu Sangat Dengan Orang Baik Macam Ni, Semoga Dimewahkan Rezeki Uncle, Rezeki Seluas Lautan”

Image from: Pemandu Grab Prihatin, Sanggup Pandu Perlahan & Tolong Angkat Barang Lepas Tahu Penumpang Ada Slipped Disc

“Saya Kena Slip Disc Tulang L4/L5, Tak Teruk Hantar Fisio Je, Sakit Dia Allah Yang Tahu, Memang Tak Boleh Bergerak, Saya Faham Perasaan Awak”

Image from: Pemandu Grab Prihatin, Sanggup Pandu Perlahan & Tolong Angkat Barang Lepas Tahu Penumpang Ada Slipped Disc

“Sebak Baca, Saya Pun Pesakit Slip Disc, Tahu Sakit Tu Macam Mana, Thank You Uncle Grab”

Image from: Pemandu Grab Prihatin, Sanggup Pandu Perlahan & Tolong Angkat Barang Lepas Tahu Penumpang Ada Slipped Disc

“Alhamdulillah, Orang Baik Ni Susah Nak Jumpa, Kalau Jumpa Jangan Lupa Bagi Tips Ya”

Image from: Pemandu Grab Prihatin, Sanggup Pandu Perlahan & Tolong Angkat Barang Lepas Tahu Penumpang Ada Slipped Disc

“Terima Kasih Uncle Yang Baik, Semoga Uncle Sihat & Happy Selalu Ya”

Image from: Pemandu Grab Prihatin, Sanggup Pandu Perlahan & Tolong Angkat Barang Lepas Tahu Penumpang Ada Slipped Disc

Baca Artikel Berkaitan: Kekurangan Bukan Alasan, Pemuda OKU Cerebral Palsy Gigih Cari Rezeki Jadi Pemandu Grab [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Ingatkan”- Pemandu Grab Beri Nasihat Jangan Lupakan Ibu Bapa Buat Ramai Sebak [Video]

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved