Pemandu Grab Terkejut Baca ‘Review’ Penumpang, Cuba Jodohkan Dengan Anak Perempuan – “Jadi Menantu Pakcik Nak Tak?”

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 12:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selalunya pemandu e-hailing akan mendapat review dan rating daripada penumpang namun lain bagi lelaki ini kerana dia bukan sahaja menerima itu tetapi juga ‘pinangan’.

Menerusi satu tangkap layar yang tular, seorang pelanggan lelaki yang sudah berusia telah memberikan ‘review’ pada pemandu Grab itu dan bertanya jika dia ingin menjadi menantunya.

Mesej itu memaparkan pakcik tersebut meluahkan hasratnya untuk menjodohkan pemandu berkenaan dengan anak perempuannya yang berusia 28 tahun.

Awak hantar ke Hospital IIUM pagi tadi? Pakcik ada anak perempuan belum kahwin, umur 28 tahun, dia doktor kat hospital ni. Anak jadi menantu pakcik nak tak?

image is not available

Perkongsian yang tular di Reddit itu mendapat perhatian ramai warganet di mana rata-ratanya berkata apa yang berlaku ini adalah rezeki pemandu tersebut

Ada yang memberi komen dan mencadangkan agar pemandu tersebut cuba berkenalan dahulu dengan anak perempuan pakcik itu.

“Itu namanya rezeki. Berkenalan dulu, tak salah pun”, komen seorang individu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Dulu Pulun Ambil ‘Order’ Sampai Dapat RM7,000 Sebulan Tapi Sekarang ‘Rider’ Ini Susah Dapat Kerja Lepas Disahkan ‘Slip Disc’