Pemandu Jengkaut Maut Ditetak Dipercayai Akibat Perselisihan Faham

LocalPolitics
28 Aug 2024 • 12:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kejadian seorang pemandu jengkaut yang dilaporkan maut selepas diserang dan ditetak sekumpulan lelaki bertopeng di Taman Rim Baru, Jasin pada Ahad dipercayai berpunca akibat perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya membuka empat kertas siasatan selepas hasil soal siasat terhadap suspek dipercayai perselisihan faham yang berlaku sebelum ini sehingga menjadi motif kejadian.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian berkenaan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian yang membawa kepada insiden itu.

“Semua tangkapan empat suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun dibuat pihak polis di sekitar daerah Jasin. Polis juga menyiasat mengenai dakwaan sama ada kes ini ada berkaitan dengan kongsi gelap atau sebaliknya,” katanya.

image is not available

Foto: Media Sosial

Menurut satu laporan Malaysia Gazette, kesemua suspek akan direman selama tujuh hari sehingga 2 September ini mengikut Seksyen 302 KK kerana kesalahan membunuh.

Terdahulu, mangsa lelaki berusia 24 tahun itu dilaporkan maut selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai gunting rambut.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Pada kejadian terbabit, adik mangsa bertindak menyelamatkan mangsa dengan memecut sebuah motor bagaimanapun dikejar suspek sehingga ke Unit Kecemasan Hospital Jasin.

Mangsa kemudian dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Amir Mamat), Malaysia Gazette (Reza A Hamid)