Pemandu jentera pengorek ditimbus runtuhan bongkah batu, operasi SAR diperluas

LocalEnvironment
15 Sep 2025 • 12:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUANTAN, 15 SEPT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemandu jentera pengorek yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan bongkah batu di tapak kuari di Raub memasuki hari ketiga, dengan kawasan pencarian diperluas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata operasi SAR bermula kira-kira 7.50 pagi selepas ditangguhkan pada 7 malam semalam.

Beliau berkata operasi hari ini turut melibatkan seekor anjing pengesan, iaitu Denti selain dibantu pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menggunakan peralatan bagi mengesan pergerakan struktur.

“Cabaran utama pasukan SAR adalah untuk mengalihkan batu-batu besar selain tanah dan batu tidak stabil di kawasan itu, meningkatkan risiko runtuhan semasa operasi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Lebih 30 anggota daripada pelbagai agensi antaranya JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan APM terlibat dalam operasi pagi ini.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari Sabtu lepas, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dilaporkan dihempap runtuhan bongkah batu ketika sedang mengendalikan jentera pengorek.

Mangsa dipercayai sempat melompat keluar daripada jentera sebelum dihempap, manakala tiga pekerja warga asing turut dilaporkan cedera.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved