Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

LocalCars
5 Jan 2026 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kebanyakan yang menggunakan laluan kecemasan tanpa sebab terdiri daripada pengguna kereta mewah (Foto: JPJ)

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

Namun, apa yang mengejutkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mendedahkan bahawa rata-rata pesalah yang dikesan melakukan perbuatan mementingkan diri ini terdiri daripada pemandu kenderaan mewah.

Tindakan Mencabar Undang-Undang

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, menyatakan bahawa hasil pemerhatian pihaknya mendapati kebanyakannya sedar bahawa perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan, tetapi memandangkan mereka ‘terselamat’ sebelum ini, kesalahan sama terus dilakukan. 

Sepanjang operasi dijalankan, hampir tiada pemandu yang memberikan alasan kecemasan sebenar sebaliknya hanya mahu memintas kesesakan jalan raya.

Berapa Banyakkah Saman Penyalahgunaan Lorong Dikeluarkan Baru-Baru Ini?image is not available

Tahap pematuhan nampaknya masih membimbangkan jika dilihat daripada statistik yang dikongsikan oleh pihak JPJ yang mendedahkan sebanyak 2,288 kes penyalahgunaan lorong kecemasan telah direkodkan sepanjang tahun lalu. 

Sekiranya tertangkap, pesalah boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau dibawa ke mahkamah bagi tindakan selanjutnya.

Kenapa Penyalahgunaan Lorong Kecemasan Dianggap Kesalahan Serius?image is not available

Lebih 2,000 saman penyalahgunaan lorong dikeluarkan tahun lalu (Foto: JPJ)

Lorong kecemasan bukan sekadar "lorong tambahan" untuk memotong. Hanif Yusabra menegaskan bahawa perbuatan ini mempunyai implikasi besar terhadap nyawa orang lain.

Tindakan menghalang lorong ini boleh menyebabkan ambulans, jentera bomba dan polis lewat sampai ke lokasi kemalangan.

Komen penulis: Kereta beratus ribu boleh beli, tapi janganlah 'miskin' adab di jalan raya. Bagaimana kalau tindakan ini menghalang pergerakan dalam situasi kecemasan sebenar? Jangan kerana tindakan yang mementingkan diri ini, nyawa orang lain melayang.