Pemandu kereta rempuh dua budak berbasikal ditahan polis

LocalPolitics
22 Nov 2025 • 6:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua kanak-kanak maut selepas dirempuh sebuah kereta semasa menunggang basikal. Foto tular

YAN - Polis menahan pemandu kereta yang disyaki terlibat kemalangan maut membabitkan dua kanak-kanak yang sedang menunggang basikal di Jalan Sedaka Tengah di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pemandu kereta ditahan untuk diambil keterangan.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki berusia 33 tahun itu mendapati negatif dadah.

"Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Hamizi berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved