Pemancing maut dibaham buaya

30 Jun 2024 • 1:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut selepas dibaham seekor buaya di Sungai Ladang Pontion Subok, Sukau pada petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Jamaluddin berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.32 petang.

“Menurut pengadu, mangsa dilihat dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai.

“Usaha mencari dilakukan dan mangsa ditemui pada jam 2.30 petang oleh orang awam pada jarak 1.2 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan kepada media.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Mangsa dikenali sebagai Firman Irwan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pada 23 Oktober tahun lalu, seorang lelaki maut dibaham buaya di sungai berdekatan Ladang Maisang Sime Darby Sukau.

Serangan buaya dilaporkan meningkat kebelakangan ini, dikatakan berpunca daripada kehilangan habitat dan sumber makanan berkurang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.