Pemandu lori cedera ditembak, 2 suspek cedera dirempuh orang awam

LocalPolitics
5 Mar 2026 • 2:55 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki dilaporkan cedera parah dalam satu kejadian tembakan di Taman Sri Kapar, Klang pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, siasatan awal mendapati insiden itu melibatkan dua suspek menaiki motosikal yang melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori.

“Kejadian berlaku sekitar jam 9 hingga 9.30 pagi. Siasatan awal mendapati dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke atas pemandu lori sebelum sebuah kenderaan empat pacuan roda yang berada berhampiran merempuh suspek. Tindakan orang awam itu menyebabkan kedua-dua suspek turut cedera,” katanya.

“Kita masih belum dapat mengesahkan identiti dan butiran suspek. Selepas siasatan forensik selesai, barulah identiti, rampasan barang, dan motif kejadian dapat disahkan. Untuk masa ini, saya tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai tahap kecederaan suspek,” katanya.

Dalam pada itu, rakaman kejadian tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki terbaring di lokasi kejadian.

Sumber: Berita Harian

The post Pemandu lori cedera ditembak, 2 suspek cedera dirempuh orang awam appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved