
Kota Kinabalu: Seorang pemandu lori berusia 45 tahun didakwa atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia lima tahun dan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak terbabit.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim, terhadap pertuduhan dihadapinya pada Khamis.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak terbabit dengan menyentuh dan membelai payudara serta menyentuh bahagian sulitnya pukul 9 pagi pada Jun 2018 di sebuah rumah di Beaufort.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Disebabkan hubungan antara lelaki itu dan mangsa, dia akan berdepan hukuman tambahan mengikut Seksyen 16(1) Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak sama jam 11 pagi juga pada Jun 2018 di tempat sama.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dia didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 24 Feb untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan lelaki itu dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 serta dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Lelaki itu juga diperintah melapor diri di balai polis sebulan sekali dan mahkamah memberi amaran kepadanya supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim manakala lelaki itu tidak diwakili.
Sementara itu, seorang lelaki yang didakwa merogol anak perempuan teman wanitanya, mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya semasa pengurusan kes pra-perbicaraan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu untuk menetapkan tarikh perbicaraan Md Rizal Satumin.
Semasa prosiding itu, pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen kepada Md Rizal.
Md Rizal didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dan tiga bulan itu di sebuah rumah di Putatan antara 26 Jun 2024 dan 28 Jun 2024.
Mahkamah memerintahkan jaminan Md Rizal dilanjutkan sementara menunggu pelupusan kesnya.
Peguam Farrah Hamdain yang mewakili peguam Azhier Farhan, mewakili Md Rizal.



