
Kota Kinabalu: Seorang pemandu lori didenda RM7,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Trafik pada Jumaat kerana mempamerkan nombor plat palsu pada kenderaan yang dipandunya.
Roslee Ramin mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu sebagai pemandu lori semi treler muatan rendah pada 3.40 petang, 4 Jun tahun ini di jejambat Segama, Jalan Tun Abd Razak di sini.
Pertuduhan itu didakwa mengikut 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pegawai pendakwa trafik Inspektor Mohammad Khairul Nizam Mokhtar, mendakwa.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Sementara itu, seorang buruh Indonesia dipenjara dua bulan dan denda RM1,500 atau empat bulan penjara kerana mencuri harta benda.
Kamsaharuddin Syahraming, 33, mengaku bersalah di hadapan Lovely kerana memiliki kad ATM dan komputer riba yang dicuri, milik Kiling Muratcan.
Kamsaharuddin melakukan kesalahan itu pada 6.20 petang pada 2 Mei tahun ini di persimpangan ke Taman Sri Rugading, Tuaran.
Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa barang-barang itu dilaporkan dicuri dari kereta pengadu lebih awal pada jam 1.15 tengah hari, hari yang sama.
Kamsaharuddin diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, seorang penganggur Filipina didakwa melakukan khianat dengan memotong kabel milik syarikat telekomunikasi. Nul Basil, 20, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu pada 3.40 pagi, 24 Jun lalu di lurang TM, Jalan Inanam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.
Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan 7 Ogos ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan tertuduh direman lanjut.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik dan Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

