Pemandu Lori Dikompaun RM300 Gara-Gara Halang Jentera Bomba

31 Jul 2025 • 10:07 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tindakan seorang pemandu lori yang tidak memberi laluan kepada jentera bomba ketika sedang menuju ke lokasi kecemasan membawa padah apabila dia dikenakan saman RM300.

Kejadian itu berlaku di Jalan Ipoh- Kuala Lumpur dan tular di media sosial selepas satu rakaman menunjukkan jentra bomba berusaha memintas lori terbabit walapun siren kecemasan sudah dibunyikan.

image is not available

Foto: FMT

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, penularan video berkenaan menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap tahap kepekaan pemandu kenderaan berat terhadap kenderaan penyelamat.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori jenis kabin itu tidak menyedari kehadiran jentera bomba kerana bunyi enjin lori yang kuat. Tingkap kenderaan yang tertutup sepenuhnya juga menyukarkan dia mendengar siren,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu, pihak polis mengeluarkan saman di bawah Seksyen 9(2), Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) kerana gagal memberi laluan kepada kenderaan bomba yang sedang menjalankan tugas.

image is not available

Foto: Kosmo!

Mohamad Nazri mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan segera memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti bomba, polis dan ambulans apabila siren atau lampu amaran diaktifkan.

“Tindakan melambatkan laluan kenderaan penyelamat bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menyebabkan kelewatan operasi menyelamat yang melibatkan nyawa,” tegasnya.

Sumber: Facebook @Polis Daerah Kampar