Pemandu lori maut di Kinabatangan

3 Jul 2026 • 4:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pemandu lori maut di Kinabatangan

KINABATANGAN: Seorang pemandu lori berumur 48 tahun maut selepas kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Jalan Kampung Sentosa Jaya, Jalan Sandakan-Lahad Datu, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt D. Ravi, berkata kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu membabitkan sebuah lori jenis Hino milik sebuah syarikat tempatan, dalam perjalanan dari Tawau menuju Sandakan sebelum nahas.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan selepas tersepit di bawah bahagian hadapan lori. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi lelaki berusia 43 tahun yang turut berada di dalam lori berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Suriyadi Darwis, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 pagi sebelum sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai.

Beliau berkata, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 5.40 pagi dan mendapati dua lelaki tersepit di dalam lori yang terbalik itu.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan seorang mangsa berusia 43 tahun sebelum menyerahkannya kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang lagi mangsa didapati tersepit di bawah bahagian hadapan lori.

“Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan peralatan khas menyelamat dengan bantuan sebuah jengkaut,” katanya.

Tambahnya, operasi menyelamat membabitkan enam anggota BBP Kinabatangan, dengan bantuan dua anggota PDRM serta tiga petugas KKM, ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved