Pemandu lori mencuri dari tempat kerja dijel 6 bulan

18 Aug 2023 • 4:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pemandu lori berusia 28 tahun pada Khamis dipenjara enam bulan atas dua pertuduhan mencuri di tempat kerjanya. Mohd Sharil Abu Hashim mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali melakukan kesalahan itu pada 19 Julai lalu di Warehouse CCV Retail Sdn Bhd, Kolombong.

Sharil dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan berjalan serentak mulai Khamis.

Bagi pertuduhan pertama, Sharil mengaku mencuri 10 karton minuman dalam tin (325ml) dengan memuatkan harta syarikat itu ke dalam sebuah lori pada pukul 10 malam.

Sharil bagi pertuduhan kedua, mengaku mencuri lima karton minuman dalam botol (1.5 liter) dan 15 karton mee segera dengan memuatkan harta syarikat itu ke dalam sebuah lori pada 9.17 malam.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Setiap pertuduhan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mendengar daripada pegawai pendakwa Inspektor Albert Basiri bahawa perbuatan Sharil dilihat melalui CCTV kerana mengambil barang dari gudang tanpa kebenaran.

Dalam kes lain, seorang penghantar makanan berusia 23 tahun didakwa secara tentatif atas tuduhan memeras ugut.

Abdul Rauf Saari didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 21 tahun pada 5 petang, 4 Ogos lalu di Kg Sugud, Penampang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Inspektor Kelvan Elson Maik memohon pertuduhan dibacakan tanpa pengakuan diambil sementara menunggu laporan daripada syarikat telekomunikasi berhubung nombor telefon dalam kes itu.

Dalam memohon satu lagi tarikh sebutan, Kelvan mencadangkan ikat jamin RM5,000.

Tertuduh yang tidak diwakili, memohon ikat jamin rendah dengan mengatakan dia bukan rakyat Sabah.

Mahkamah menetapkan 6 Okt untuk sebutan dan melepaskan tertuduh dengan jaminan RM2,000 dam dua penjamin, sementara menunggu laporan telekomunikasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.