
RANAU: Seorang pemandu lori yang bekerja di sebuah agensi berkaitan kerajaan, ditemukan meninggal dunia di dalam bilik hotelnya di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata berdasarkan siasatan awal, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurutnya, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik hotelny sekitar jam 6.30 pagi.
“Bilik Gerakan IPD Ranau menerima panggilan daripada seorang pekerja hotel mengatakan seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Siasatan awal di tempat kejadian dan maklumat lisan saksi kejadian mengatakan lelaki itu yang merupakan pemandu lori serta tujuh rakan dan kakitangan berada di Ranau kerana terlibat dalam persiapan untuk penganjuran pameran sebuah program kemasyarakatan di sebuah sekolah di sini,” katanya.
Simiun menambah, lelaki itu serta kakitangan lain menginap di hotel berkenaan sejak 4 Ogos lalu sekitar jam 3 petang selepas selesai melakukan persiapan untuk pameran itu.
“Semua kakitangan termasuk lelaki itu menginap di bilik masing-masing.
“Pada hari kejadian, kira-kira jam 6.30 pagi, lelaki itu dihubungi melalui telefon oleh salah seorang rakannya untuk mengejutkannya kerana mereka sepatutnya bertolak ke majlis program itu.
“Bagaimanapun, telefon bimbit mangsa tidak dapat dihubungi dan tidak ada maklum balas apabila pintu diketuk.”
Menurut Simiun, salah seorang rakan lelaki itu meminta bantuan pekerja hotel terbabit untuk membuka pintu bilik menggunakan kad pendua.
“Apabila pekerja hotel itu membuka pintu, mereka mendapati mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap bersebelahan pintu masuk bilik dan menghadap ke pintu tandas.
Lelaki itu dipercayai meninggal dunia lebih 12 jam sebelum ditemukan.
“Mereka kemudian meminta pihak pengurusan hotel menghubungi ambulans dan Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Simiun yang turut hadir di tempat kejadian berkata, kematian lelaki itu disahkan pegawai perubatan Hospital Ranau.
“Mayat dihantar ke Forensik Hospital Ranau,” katanya.
Simiun menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


