Pemandu lori minyak direman kes nahas ragut dua beradik

14 Jun 2023 • 1:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Wan Mohd Zahari

KUANTAN - Pemandu lori minyak yang terlibat kemalangan meragut nyawa dua beradik di Jalan Kuantan-Segamat,di sini tengah malam Selasa direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, perintah reman dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria pada Rabu hingga Sabtu ini.

Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mencadangkan pemandu berkenaan dituduh dalam tempoh reman.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam itu, pemandu kereta jenis Proton Wira, Siti Nur Alia Saffiyah Zulkifli,18 dan kakaknya, Siti Mazurah Zulkifli, 30 beralamat dari Felda Lepar Hilir 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu lori tangki berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kemalangan dipercayai lori membawa muatan bahan api petroleum dari arah Muadzam Shah ke sebuah stesen minyak, di sini hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki dua beradik yang bekerja sebagai juru jual dan pramusaji itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved