Pemandu Lori Potong Barisan Tunjuk Samseng Dengan Myvi, Sekali Yang Keluar Badan Sado [Video]

Cars
14 Nov 2022 • 4:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kes buli di jalan raya sememangnya sudah banyak terjadi di negara ini, bahkan ia masih berlaku hingga ke hari ini.

Sebagai pemandu dan pengguna jalan raya, sikap kurang bertimbang rasa dan perasaan kurang berpuas hati antara punca pada kejadian buli jalan raya ini.

Lori tunjuk samseng potong barisan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah lori dengan gaya samseng memotong barisan dan menghalang sebuah kereta Perodua Myvi.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Twitter @nanmanjoi8715, kelihatan jentera berat itu yang berada di lorong tengah telah menghimpit kereta berkenaan ke arah kanan jalan.

Pada video sama, kelihatan juga pemandu itu berhenti dan membuka pintu lorinya menyebabkan pemandu Myvi tersebut terpaksa mengelak dengan membelok ke kiri jalan.

Kereta yang berada di belakang turut terhalang

Tindakan lori tersebut menyebabkan beberapa buah lagi kenderaan yang ada di belakang turut terhalang dan tidak dapat bergerak.

Kurang senang dengan tindakan pemandu lori itu, akhirnya pemandu kereta Myvi tersebut menahan kenderaan berat berkenaan.

Abang sado yang bawa Myvi

Apa yang mengejutkan, ternyata lelaki yang memandu kereta jenis kompak itu adalah seseorang yang berbadan sasa serta tinggi lampai.

Dia yang berang dengan tindakan bahaya lori itu kemudiannya pergi menghampiri pemandu tersebut untuk memarahinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpuas hati melihat tindakan lelaki terbabit yang berani memarahi pemandu lori tersebut.

Pada masa sama, mereka turut memberikan komen-komen yang menghiburkan setelah melihat pemandu lori tersebut seakan takut ingin keluar dari kenderaannya.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: