Pemandu mabuk dipenjara, denda RM10,000

2 Aug 2024 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 29 tahun dipenjara sehari dan denda RM10,000 atau penjara lima bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu kepada Boy Tomi selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu Boy digantung selama dua tahun.

Boy didapati memandu kenderaannya dalam keadaan mabuk pada 6 April tahun ini pukul 11.05 malam di Jalan Utara, Batu 5, di sini.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Kesalahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM30,000, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Boy merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rodi Wong menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada bukan sahaja Boy tetapi pemandu supaya tidak memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.

Mahkamah diberitahu bahawa pada hari tersebut Boy ditahan semasa sekatan jalan raya Op Mabuk yang dijalankan di kawasan itu.

Apabila diperiksa oleh polis, Boy ketika itu mabuk dan alkohol dalam darahnya melebihi jumlah yang ditetapkan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.