Pemandu Mabuk Lawan Arus Rempuh Penunggang Motosikal Hingga Cedera Parah, Suspek Sudah Ditahan [Video]

Local
14 May 2026 • 4:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Pemandu Mabuk Lawan Arus Rempuh Penunggang Motosikal Hingga Cedera Parah, Suspek Sudah Ditahan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan tindakan sebuah kereta Perodua Bezza berwarna silver dipandu secara melawan arus sebelum bertindak merempuh sebuah motosikal di Persiaran Kota, Klang, Shah Alam.

Menerusi video itu, kelihatan pemandu lelaki memandu kereta dengan laju sebelum melanggar penunggang berkenaan.

View on Threads

Penunggang lelaki tercampak dan alami cedera parah selepas dirempuh pemandu mabuk

Susulan daripada insiden itu, polis memaklumkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas dirempuh pemandu yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Jelas Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey kejadian itu berlaku sekitar jam 12.30 malam, 13 Mei dan ia menyebabkan penunggang lelaki berusia 20-an tercampak.

Mangsa mengalami cedera parah pada anggota badan dan juga kaki kanan. Menurut beliau, siasatan awal dilakukan mendapati Perodua Bezza yang dipandu oleh lelaki itu dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam.

Pemandu Bezza direman sehingga 15 Mei

Kereta itu dipercayai dipandu lelaki berusia 30-an itu secara melulu serta melawan arus sejauh sekitar 3.5 kilometer sebelum merempuh motosikal tersebut.

“Hasil ujian saringan awal mendapati pemandu kereta tersebut positif alkohol. Suspek telah ditahan serta-merta untuk tindakan lanjut dan permohonan reman telah diperolehi daripada Majistret Klang Azilah Mat sehingga 15 Mei untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah sehingga menyebabkan kecederaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara minimum tujuh tahun hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 sehingga RM50,000 selain penggantungan lesen memandu,” ujarnya, lapor Bernama.

Penunggang motosikal itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan menerima rawatan kritikal di Zon Merah. Pemandu Bezza itu pula hanya mengalami luka ringan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menegaskan bahawa memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah kesalahan serius yang menggugat keselamatan awam, justeru semua pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang, memandu secara berhemah dan tidak mementingkan diri sendiri bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini,” jelasnya lagi.

View Original Article