Pemandu maut 4WD bertembung treler

21 Mar 2023 • 1:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Pemandu sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu D-Max maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Kunak-Tawau, pagi Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Amir Sarail tersepit dalam kenderaannya yang remuk.

Sementara itu, seorang penumpang wanita yang juga isteri mangsa berumur 55 tahun hanya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Pemandu lori treler itu tidak cedera.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 11.54 pagi.

Sepasukan anggota diketuai Komander Operasi PBKII Rosman Gari bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS yang jaraknya 18 kilometer dari balai.

“Ketika bomba tiba, mangsa didapati tersepit di tempat pemandu dan dikeluarkan oleh pasukan, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 12.27 tengah hari.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.