Pemandu maut kenderaan dihempap pokok

31 Oct 2023 • 10:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 31 OKT: Pemandu kenderaan pelbagai guna maut selepas kenderaan dipandunya dihempap pokok di Jalan Ulu Yam-Gombak hari ini.

Mangsa yang juga wanita berusia 40-an dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sentosa dari tempat kerja di Selayang.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata pihaknya menerima panggilan 6.14 petang dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, anggota melaporkan sebatang pokok tenusu kuning kira-kira 12 meter menghempap kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza.

“Kerja memotong pokok dan mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan,” katanya sambil menambah mangsa dibawa keluar jam 7.10 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved