Pemandu maut langgar pokok di Sandakan

LocalCars
25 Feb 2025 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seorang lelaki warga tempatan maut selepas melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan di Jalan Batu Sapi pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, si mati yang memandu kenderaan jenis Ford Ranger bergerak dari arah pusat bandar ke Batu Sapi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Lelaki berusia 45 tahun tersebut memandu seorang diri. Tiba di lokasi kejadian, beliau gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke tengah jalan dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.

“ Lelaki tersebut telah meninggal di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan kepada media.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Abdul Fuad berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.