Pemandu maut, trelar melintang di tengah lebuh raya

9 Jun 2024 • 8:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan treler yang terbabas di KM 268.3 Lebuhraya Plus arah selatan. Foto ihsan bomba

SEREMBAN - Seorang pemandu trelar yang membawa muatan tiub tembaga penyaman udara maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 268.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di antara Nilai ke Bandar Ainsdale di sini pada Ahad.

Kemalangan itu juga turut mengakibatkan berlaku kesesakan sehingga 11 kilometer (km) apabila trelar itu melintang di tengah-tengah lebuh raya.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan memaklumkan, menerima maklumat kejadian pada jam 5.39 petang.

"Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah treler terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan melintangi jalan raya.

"Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 32 tahun telah tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan oleh pasukan keluaran operasi (PKO)," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa bagaimana pun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan dan diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat PLUS info pula memberitahu kemalangan itu telah mengakibatkan lorong kiri, tengah dan kanan arah selatan ditutup.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved