Pemandu mengaku tidak salah cabul remaja, 18

7 Nov 2026 • 4:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pemandu mengaku tidak salah cabul remaja, 18

Kota Kinabalu: Seorang pemandu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencabul seorang remaja perempuan.

Lelaki berusia 41 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Lelaki yang merupakan penjawat awam itu didakwa mencabul kehormatan remaja perempuan berusia 18 tahun berkenaan pada jam 11 pagi, 12 Oktober tahun ini, di tingkat bawah sebuah rumah di Alam Mesra, berhampiran sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu tarikh berkenaan, lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengingatkan lelaki itu supaya tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan serta memerintahkannya melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

Lelaki itu diwakili peguam Jessica Ombou Kakayun manakala Timbalan Pendakwa Raya Esther Cynthia Jebon mengendalikan pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved