Bapa dipenjara 12 tahun, lima sebatan kes sumbang mahram

6 Nov 2026 • 6:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bapa dipenjara 12 tahun, lima sebatan kes sumbang mahram

SHAH ALAM, 6 NOV: Bapa dihukum penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuan sehingga mangsa melahirkan seorang anak.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 52 tahun itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit melakukan kesalahan terhadap anak kandungnya yang ketika kejadian berusia 13 tahun 10 bulan, di sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Cheras pada 12.30 tengah malam, November 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira hubungan tertuduh dengan mangsa serta akibat perbuatan itu yang menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengandung dan melahirkan seorang anak yang kini berusia lima tahun.

"Selepas tertuduh bercerai dengan bekas isterinya, mangsa mencari tertuduh atas dasar kerinduan terhadap bapanya.

"Namun, tertuduh mengkhianati kepercayaan itu serta melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa," katanya, lapor Berita Harian.

Menurut pendakwaan, tertuduh mengambil kesempatan terhadap kenaifan mangsa sedangkan sebagai bapa, dia sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kandungnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan menghidap penyakit darah tinggi dan asma yang memerlukan rawatan susulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved