Pemandu pelancong cabul wanita dipenjara, disebat

13 Jul 2024 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang pemandu pelancong tanpa dokumen, dipenjara lapan tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat kerana melakukan amang seksual terhadap seorang pelancong remaja, 17, di Semporna, minggu lepas.

Bara Madasah, 18, mengaku bersalah di hadapan Hakim Rosli Ahmad bahawa dia melakukan perbuatan itu ke atas mangsa ketika aktiviti menyelam di kawasan perairan Pulau Kapalai kira-kira 1.49 petang 3 Julai.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh tangkapan iaitu 4 Julai dan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk pengusiran keluar ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Menurut fakta kes, mangsa bersama keluarga yang berasal dari Klang, Selangor menggunakan khidmat ejen pelancongan datang ke Semporna untuk bercuti dan melancong ke beberapa pulau dan pusat peranginan di daerah itu.

Bagaimanapun, semasa melakukan aktiviti menyelam bersnorkel di perairan Pulau Kapalai, tertuduh melakukan amang seksual terhadap mangsa dengan meraba payudara mangsa beberapa kali.

Mangsa turut menegur tertuduh, namun lelaki itu tetap melakukan perbuatannya. Kejadian itu turut terakam dalam video kamera kalis air yang dibawa oleh mangsa semasa kejadian.

Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada ahli keluarganya sebelum tampil membuat laporan polis.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, ASP Nur Intan Jamrin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh untuk memberi pengajaran kepadanya, memandangkan kesalahan itu adalah serius dan membabitkan kepentingan awam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.