Pemandu Selamat, Lamborghini Alami Kerosakan Teruk Kemalangan Di Jalan Santubong

4 Nov 2023 • 7:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lamborghini kemalangan di Jalan Santubong

Pemandu Selamat, Lamborghini Alami Kerosakan Teruk Kemalangan Di Jalan Santubong. Berpantang maut sebelum ajal, seorang pemandu Lamborghini pada hari ini selamat apabila kenderaan mewahnya hilang kawalan dan terbabas dari jalan raya di Jalan Santubong.

Dilaporkan, saksi di lokasi kejadian telah melihat detik cemas Lamborghini berkenaan dipandu secara merbahaya sebelum berhenti di tepi jalan.

image is not available
Pemandu Selamat, Lamborghini Alami Kerosakan Teruk Kemalangan Di Jalan Santubong. Kredit foto: The Borneo Post

Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan

Walaupun mengalami kerosakan teruk pada kenderaan mewah tersebut, pemandunya dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah mengejutkan orang ramai.

Pemandu tersebut juga kelihatan tenang setelah menghadapi kemalangan berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, tiada laporan polis yang telah difailkan oleh pemilik kenderaan berkenaan dan juga sebab disebalik kemalangan juga masih tidak diketahui.

Lagi artikel untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/bmw-cedera-parah-trailer-bawa-kereta-mewah-kemalangan-di-jalan-pan-borneo/

https://www.iloveborneo.my/waspada-taktik-kotor-geng-motosikal-sengaja-cetus-kemalangan-palsu/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved