Pemandu treler maut nahas empat kenderaan

28 May 2026 • 10:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu treler maut nahas empat kenderaan
Keadaan treler yang terbabit nahas di Simpang Felda Taib Andak Kulai pada Khamis. - FOTO: JBPM Johor
Image from: Pemandu treler maut nahas empat kenderaan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi nahas. - FOTO: JBPM Johor

KULAI – Seorang pemandu treler maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran simpang Felda Taib Andak di sini pada Khamis.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 50 tahun yang memandu lori treler jenis Volvo disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Azizan Azis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.47 petang sebelum sebuah jentera bersama empat anggota digerakkan ke lokasi.

**media[3534505]**

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kemalangan melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori RORO, lori treler Volvo, Perodua Axia dan Toyota Yaris.

“Pemandu lori RORO lelaki berusia 46 tahun dan pemandu Perodua Axia berusia 26 tahun didapati selamat, manakala pemandu Toyota Yaris lelaki berusia 59 tahun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pihak bomba bertindak mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Kerja pembersihan kawasan turut dilakukan bagi memastikan keadaan selamat.

"Operasi dikawal pada jam 6.55 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 7.10 malam," katanya.