Pemandu van langgar murid Tahun Dua depan sekolah didakwa esok

LocalPolitics
7 May 2026 • 10:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu van langgar murid Tahun Dua depan sekolah didakwa esok
Laporan Sinar Harian

BATU PAHAT - Pemandu van yang melanggar seorang murid Tahun Dua hingga maut akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Suspek berusia 60 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullan Sani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Difahamkan, kertas siasatan berhubung kejadian ini diserahkan kepada pihak pendakwaan dan mereka bersetuju untuk mendakwa suspek esok.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari, Selasa lalu, Nur Aini Humairah Mohd Fareez, 8, mahu selepas dilanggar van yang dipandu suspek di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong dekat sini

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek dan direman selama tiga hari yang berakhir Jumaat bagi membantu siasatan.