Pemandu wanita mengamuk, cuba serang pelanggan lain di stesen minyak?

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 4:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular video memaparkan seorang pemandu wanita mengamuk dan didakwa cuba menyerang pelanggan lain di sebuah stesen minyak di Saujana Utama, Sungai Buloh menggunakan sebatang buluh.

Menerusi satu kenyataan Polis Daerah Sungai Buloh di Facebook, pihaknya telah menerima satu laporan daripada penyelia di stesen minyak berkenaan.

Pemandu wanita mengamuk, polis buka siasatan

image is not available

“Pengadu menyatakan seorang wanita yang memandu motokar telah meletakkan kenderaannya di belakang sebuah kenderaan hingga menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak boleh keluar.

“Pada masa yang sama, terdapat pelanggan lain yang berada di tempat tersebut meminta wanita berkenaan mengalihkan kenderaannya tetapi telah dimarahi oleh wanita tersebut,” kata Polis Sungai Buloh.

image is not available

Susulan kejadian itu, berlaku kekecohan di stesen minyak itu kerana pemandu wanita berkenaan cuba menyerang pelanggan tersebut menggunakan sebatang buluh namun berjaya dihalang oleh orang awam yang berada di situ.

“Ekoran daripada laporan tersebut, pihak polis daerah Sungai Buloh telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenaya yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh atau denda atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Pemandu wanita mengamuk, hampir pukul pelanggan lain?

image is not available

Dalam pada itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk hadir ke balai polis berdekatan atau hubungi pegawai penyiasat Insp Aruneswaari A/P Arumugam di talian 012-6972996.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan pemandu wanita tersebut sedang cuba menghampiri individu yang telah mengambil rakaman dirinya.

Pemandu wanita itu kemudian kembali ke kenderaan miliknya dan mengambil sebatang buluh untuk dijadikan senjata bagi memukul individu yang sedang merakamnya.

Namun begitu, cubaan pemandu wanita tersebut untuk menyerang individu berkenaan berjaya dipatahkan selepas orang ramai yang berada di stesen minyak tersebut merampas batang buluh berkenaan.

Pemandu wanita mengamuk, hampir pukul pelanggan guna batang buluh

image is not available

Tidak cukup dengan itu, pemandu wanita berkenaan juga cuba memukul pelanggan lain selepas mereka menghalangnya daripada mendekati individu yang sedang mengambil rakaman dirinya.