Wanita dipercayai ada masalah mental ganggu ketenteraman awam undang kebimbangan ramai

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 3:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Satu video tular merakamkan seorang wanita berjubah dan berniqab hitam membuat kacau dan mengganggu orang awam di sebuah stesen minyak Petronas di Saujana Utama.

Wanita yang juga pemandu kereta MPV berwarna hitam itu juga dilihat mengeluarkan sebatang kayu dari dalam keretanya. Bagaimanapun, orang ramai yang berada berdekatan sempat merampas kayu tersebut.

Satu hantaran tular yang dipercayai mangsa kepada wanita berkenaan menceritakan perkara yang berlaku.

image is not available

Dalam hantaran tersebut juga memaklumkan wanita berkenaan sebelum ini pernah tular kerana melawan arus dan memandu dengan laju.

“Kejadian berlaku di Petronas Hillpark, Saujana Utama. Akak ni pernah viral sebab lawan arus dan bawa laju,” katanya.

image is not available

Menerusi beberapa komen netizen, difahamkan wanita berkenaan mempunyai masalah mental.

Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kebimbangan penduduk ekoran insiden yang berlaku di UiTM Dungun beberapa hari lalu.

“Orang ni tinggal tak jauh dari tempat saya. Didakwa dia mental. Kejap pakai purdah, kejap free hari. Suka memandu laju Alphard. Apa yang dirisaukan, kejadian di UiTM Dungun berulang,” kata Hazeman.

Sumber: Update Info