Pemandu wanita terselamat, pokok hempap kereta

2 Oct 2024 • 9:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 OKT: Hujan lebat petang tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta dalam kejadian berhampiran stesen sistem transit aliran ringan (LRT) Taman Megah, Petaling Jaya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pemandu wanita berusia 33 tahun itu terselamat dan diserahkan kepada ahli keluarganya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam sebelum lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Damansara ke lokasi.

“Sebatang pokok tumbang dan menghempap kereta jenis Perodua Axia berhampiran Stesen LRT Taman Megah, Petaling Jaya.

“Terdapat seorang mangsa wanita berumur 33 tahun di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat seterusnya diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan sebatang pokok tumbang di jalan menghala ke Sungai Pusu, Gombak.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.10 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi yang jaraknya 10 kilometer (km).

“Sebaik tiba didapati sebatang pokok tumbang dan menghalang jalan, namun tidak membabitkan mangsa,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved