
KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas maut apabila lori 10 tan membawa muatan pasir yang dipandunya terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik dalam kejadian nahas jalan raya di Kampung Mangaris dekat sini pagi Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Penolong penguasa bomba (PPgB) Mohd Hasbi Hajat berkata, mangsa iaitu Chong Chee Yin, 68, disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.
AdvertisementMenurut Hasbi, seramai sepuluh anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Jakri Bahar bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 16 Kilometer sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 7.49 pagi.
Beliau berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit dan menggunakan peralatan khas (Hydraulic Jack) bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 9.10 pagi.


