"Pemanduan Bertukar Sebaik Masuk Kelantan," - Ketua Polis Kelantan

LocalPolitics
3 Jun 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Anak perantau Kelantan dinasihatkan memandu secara berhemah yang pulang ke negeri itu untuk menyambut Aidiladha pada Sabtu ini

Ini kerana Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya mendapati sikap pemanduan segelintir daripada mereka bertukar sebaik saja memasuki negeri itu.

"Saya mahu pesan kepada semua perantau yang balik kampung nanti supaya memandu secara berhemah dan berhati-hati untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ramai yang balik dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor, belajar atau bekerja di luar Kelantan. Masa di sana, disiplin memandu mereka baik.

“Tapi apabila masuk sempadan Kelantan, ada yang berubah. Tak pasti sama ada disebabkan faktor dalaman atau tekanan persekitaran. Jadi tolong kekalkan disiplin ketika berada di jalan raya. Jangan potong barisan atau pentingkan diri. Saya berharap mereka dapat kekalkan pemanduan berhemah seperti mereka memandu di luar Kelantan," katanya.

Pihaknya turut menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan memasuki Kelantan menerusi laluan Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.