Pemasangan cerucuk besi di kawasan tanah runtuh Taman Wawasan disambung

19 Dec 2023 • 12:04 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUCHONG - Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi di Taman Wawasan, di sini disambung pagi ini selepas empat hari kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14.

Tinjauan Scoop di kawasan kejadian pagi ini mendapati kerja penyambungan cerucuk dijalankan mulai kira-kira 10.30 pagi dengan menggunakan kren.

Menurut sumber, setakat semalam sebanyak 52 cerucuk besi sudah dipasang bagi memperkukuhkan struktur tanah bagi mengelakkan berlaku pergerakan tanah di situ.

“Namun hari ini tidak diketahui berapa lagi cerucuk akan dipasang,’’ katanya.

Dalam pada itu, kawasan tersebut kelihatan agak sunyi dan ketika ini hanya petugas media yang memenuhi laluan tersebut.

Bagaimanapun atas faktor keselamatan, media tidak dibenarkan mendekati laluan yang terlibat dalam kejadian itu.

Sebelum ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pemasangan 375 cerucuk besi akan dijalankan di sepanjang 150 meter laluan tanah runtuh di Taman Wawasan di sini, yang dijangka siap dalam tempoh 10 hari.

image is not available
Pemasangan 375 cerucuk besi di sepanjang 150 meter laluan tanah runtuh di Taman Wawasan dijangka siap dalam tempoh 10 hari. - Gambar Majlis Perbandaran Subang Jaya, 19 Disember, 2023

Dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu yang berlaku pada jam 7.30 malam Sabtu lalu, ia turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Empat kenderaan yang terlibat ialah Honda Jazz, Nissan Skyline, Honda City dan Naza Citr

Susulan kejadian itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan. – 19 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved