Pemasangan Sisi Aplikasi Di Brazil, Indonesia, Singapura dan Thailand Kini Mempunyai Tempoh Menunggu 24 Jam

TechnologyDigital
2 Oct 2026 • 7:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pemasangan Sisi Aplikasi Di Brazil, Indonesia, Singapura dan Thailand Kini Mempunyai Tempoh Menunggu 24 Jam

Proses melakukan pemasangan sisi (sideloading) aplikasi yang tidak berdaftar menjadi semakin leceh hari ini di Brazil, Indonesia, Singapura dan Thailand dengan pengaktifan ciri Advanced Flow. Semua peranti dengan Android 7 dan ke atas di negara-negara tersebut hanya boleh melakukan pemasangan sisi selepas Developer Mode diaktifkan, peranti dimulakan semula dan tempoh menunggu selama 24 jam.

Image from: Pemasangan Sisi Aplikasi Di Brazil, Indonesia, Singapura dan Thailand Kini Mempunyai Tempoh Menunggu 24 Jam

Advanced Flow diperkenalkan oleh Android pada Ogos lalu sebagai satu langkah keselamatan mengelakkan penipuan atas talian menggunakan pemasangan aplikasi di luar stor rasmi yang berleluasa. Advanced Flow akan diaktifkan pada semua peranti Android global bermula 2027. Pengguna boleh menetapkan untuk membenarkan sideloading dilakukan selama 7 hari sahaja atau dibenarkan sepanjang masa selepas Advanced Flow diaktifkan.

Pemasangan sisi hanya dihalang apabila aplikasi dipasang di luar daripada stor rasmi Google Play, Samsung Galaxy Store, Honor App Market, Oppo App Market, Xiaomi GetApps, vivo V-Appstore dan Transsion Palm Store.

Kesemua langkah keselamatan di atas yang melecehkan diharap akan mengelakkan pengguna yang kurang celik teknologi daripada menjadi mangsa penipuan selepas aplikasi hasad dipasang tanpa disedari.

Sumber – Developer Android

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved