Adobe Premiere Akhirnya Tiba Ke Peranti Android

TechnologyDigital
22 Sep 2026 • 11:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe Premiere Akhirnya Tiba Ke Peranti Android

Aplikasi suntingan video Adobe Premiere kini akhirnya ditawarkan untuk peranti Android, hampir setahun selepas ia ditawarkan di iPhone. Ia boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma dengan pengguna boleh melakukan suntingan asas, memasukkan babak yang dijana kecerdasan buatan (AI), memasukkan kesan khas dan mengakses pustaka aset yang ditawarkan oleh Adobe.

Image from: Adobe Premiere Akhirnya Tiba Ke Peranti Android

Video boleh dieksport pada resolusi 4K, disunting untuk mempunyai audio lebih berkualiti tinggi, menyokong suntingan pelbagai lapisan seperti versi desktop, ciri templat dan tiada tera air diletakkan oleh Adobe pada video yang dihasilkan. Kerana ia aplikasi telefon pintar, terdapat ciri mengeksport kandungan terus ke TikTok, Instagram dan YouTube Shorts.

Adobe akan memberikan pula sokongan menyambung suntingan pada telefon ke desktop, Adobe Fonts, penghasilan kapsyen lebih baik dab banyak lagi ke Premiere versi Android di masa hadapan.

Walaupun ditawarkan secara percuma pada waktu ini, beberapa ciri tambahan seperti kesan khas dan juga kredit untuk janaan AI perlu dibeli oleh pengguna. Langkah Adobe ini dilihat sebagai usaha memberikan persaingan kepada CapCut yang menjadi pilihan penghasil kandungan di telefon pintar.

Adobe Premiere untuk Android boleh dimuat turun menerusi Play Store hari ini untuk peranti dengan Android 13 ke atas serta dilengkapi sekurang-kurangnya 5GB RAM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved