Pembaca berita Raymond Goh meninggal dunia

12 Sep 2023 • 1:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Raymond Goh meninggal dunia sekitar pukul 10.40 pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.

KUALA LUMPUR - Pembaca berita Nightline TV3, Raymond Goh meninggal dunia sekitar pukul 10.40 pagi Selasa.

Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum itu, Allahyarham dilaporkan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Berita pemergian Raymond disahkan keluarga Allahyarham dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, selepas solat Asar hari ini.

Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O'clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline di stesen televisyen berkenaan.

Allahyarham telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved