Pembangkang sudah ada nama calon Ketua Menteri Sabah

LocalPolitics
6 Sep 2025 • 11:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamzah berucap sebelum merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Sayap-Sayap Bersatu sempena PAT Bersatu di IDCC Shah Alam pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Pembangkang mengesahkan sudah mempunyai nama calon Ketua Menteri Sabah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, calon berkenaan merupakan anak jati Sabah.

“PRN ini di Sabah, jadi sudah tentu (calon Ketua Menteri) orang Sabah dan yang bertanding semua orang negeri ini.

“Cuma kami berikan dukungan dan sokongan untuk memastikan kemenangan rakan-rakan kami di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Perhimpunan Sayap-Sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada Sabtu.

AKAN MENUSUL

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved