Pembantu kedai didenda RM3,800 miliki senapang angin tanpa lesen

Local
13 May 2026 • 7:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pembantu kedai didenda RM3,800 miliki senapang angin tanpa lesen
Seorang pembantu kedai didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah memiliki senapang angin tanpa lesen, minggu lepas. Gambar hiasan

TUMPAT - Seorang pembantu kedai didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah memiliki senapang angin tanpa lesen, minggu lepas.

Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syahmi Mat Ghoni, 24, dan memerintahkan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu.

Lelaki itu didakwa memiliki senapang angin tanpa sebarang permit atau lesen yang sah semasa pemeriksaan dijalankan polis di Kampung Nechang di sini pada jam 4.30 pagi 6 Mei.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff memohon hukuman setimpal manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Afiqah Amran merayu dikenakan denda minimum kerana anak guamnya menggunakan senapang angin untuk menembak binatang liar dan burung.

Muhammad Syahmi membayar denda itu. - Bernama

View Original Article