Pembantu restoran maut, motosikal langgar lembu melintas jalan

28 Mar 2025 • 7:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal ditunggang mangsa remuk. Foto ihsan PDRM

BERA - Seorang pembantu restoran maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lembu di jalan Felda Bukit Kepayang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa, Muhammad Hafiz Khairi, 26, beralamat Felda Bukit Kepayang meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Vario dari arah Bera menghala ke Bukit Felda Kepayang.

"Apabila sampai di tempat kejadian motosikal itu telah melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan lalu terbabas ke bahu jalan.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, kenderaan terbabit akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selain mengesan saksi-saksi bebas bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved