Pembantu Rumah Curi Barang Kemas RM160,000, Guna Duit Beli Rumah Dan Kereta

30 Apr 2026 • 9:08 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

JAKARTA – Seorang pembantu rumah di Makassar, Sulawesi Selatan ditahan polis selepas dipercayai mencuri wang dan barang kemas milik majikannya dengan nilai keseluruhan mencecah 700 juta rupiah (kira-kira RM160,187).

Suspek wanita berusia 34 tahun yang dikenali sebagai RG itu dilaporkan melakukan perbuatan berkenaan secara berperingkat sepanjang tempoh bekerja di rumah mangsa sejak tahun 2024 hingga 2025.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar, AKP Hamka berkata, suspek mengambil barang kemas milik majikannya sedikit demi sedikit dari dalam peti besi bagi mengelakkan perbuatannya disedari.

“Bagaimanapun, kehilangan tersebut hanya disedari mangsa pada Mac lalu selepas membuat pemeriksaan terhadap barang simpanannya, dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar 700 juta rupiah,” katanya.

Hasil Jualan Diguna Beli Harta

Menurut Hamka, hasil siasatan mendapati suspek telah menjual barang kemas yang dicuri dan menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi.

“Suspek mengaku wang itu digunakan untuk membayar wang pendahuluan kereta, membeli rumah serta membaiki kenderaan,” jelasnya lagi.

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan kemungkinan terdapat aset lain yang dibeli menggunakan hasil kegiatan jenayah tersebut.

Kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia. – The Malaysian Update

The post Pembantu Rumah Curi Barang Kemas RM160,000, Guna Duit Beli Rumah Dan Kereta appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved